Posts

Showing posts with the label Tema

PKP 3.0

  Hi, and Assalamualaikum... So, harini dah hari ke 6 PKP 3.0.. Buat masa niii, dah macam K.O sikit laa... sebab assignment menimbun, pastu x dpt nak keluar tenangkan fikiran. You learn at home, you stay at home, Jadi, stress dia bercampur.. Apapun, Sha rasa PKP 3.0 ni adalah langkah yang baik untuk kita bendung covid-19 daripada terus merebak. Cumanya, apa yang Sha tak faham sekarang adalah, kita yang mintak nak PKP ni, tp bila dah buat, yang kita sibuk nak rentas negeri tu dah kenapa?? Tak reti duduk diam ekk? Dengan, MITI pergi kasi kebanyakkan kilang beroperasi seperti biasa, sedangkan kes skrg macam lagi banyak di tempat kerja.  Apa-apapun, kita doakan yang terbaiklah supaya Covid-19 ni akan lupus dari dunia nii, supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. 

Raya

Image
Hi and Assalamualaikum,guys... HAPPY EID MUBARAK, EVERYONE!! Alhamdulillah, tahun ni kita berkesempatan lagi untuk bertemu dengan Syawal. Semoga Ramadhan kita semua diterima oleh Allah,hendaknya. So, How was your 1st Syawal? Hectic, Happy, Sad? Apapun, Sha doakan agar korang semua rasa happy menyambut syawal bersama mereka yang tersayang. Untuk kali keduanya, kita beraya dalam suasana PKP. Mesti semua rasa sedih, sebab x dapat balik kg, nak raya ramai2 dengan saudara-mara, or family yang duduk jauh2.. Walau apa pun, kita still kena meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan kita berpuasa sepanjang Ramadhan.  Macam Sha pun, waktu puasa tu, mmg dh cadanglah dengan my closest relatives untuk beraya sama-sama, tapi disebabkan PKP ni, masing-masing x boleh nak rentas daerah, so, x dptlaa nak beraya sekali. Maklumlah, Sha duduk dekat Hulu Langat, mak sedara Sha duduk dekat Kuala Langat, my cousin duduk dekat Shah Alam. So, x bolehlah nak raya sekali,kan... Walupun x beraya ramai-ramai,...

Cuti

Hi and Assalamualaikum.. Minggu ni Sha nak cerita sikitlaaa pasal cuti Sha kalini. Sha cuti selama seminggu bermula 8/5 - 16/5. Cuti minggu ni termasuk sekali cuti raya Aidilfitri. Wktu cuti ni, nama jeee cutiii... Tapiiii, assignment, ya tuhan. Berlambak, menimbun mcm gunung daa.. tpi, student kan, kita redho je laa..  Tpi, walaupun cuti ni pendek dan full dengan assignment, syukur alhamdulillah, dptlaa jugak bercuti kan, tenangkan fikiran, relax²... bak kata orang " when we rest, our energy is restored". So, even if you have a lot of things to do, just take a little time to take a deep breath and enjoy your life for a moment.

LAB TEST

Hi dan Assalamualaikum. Tadi, Sha baru je selesai menjawab lab test 1. agak gemuruh sebab pagi tadi baru nak buat revision pasal formula-formula pesemua tu. waktu menjawab tu, kena buka kamera as cctv kan, boleh pulak tgh2 menjawab tu, fon lost connectionnnnn😫. Apalagi,cuak laa Sha. Pastu dalam 2-3 minit, baru dpt connect balik.  pastu wktu tgh menjawab tu jugak, tgh buat excel wktu tu, gunalaaa formula "vlookup", tpi x keluar jwpn. peliklaa kan, asal pulak benda niiii, tgh nak cepat ni, buat hal pulakk... rupa-rupanya dekat table yg nak dijadikan rujukan tu Sha x betulkan😅. Nasib baik tahu mana salahnya tdi But, overall, okay je laa bagi Sha. Sebb lect daa ajarkan, just kena revise balik je. So, its a good good for meee😗

MAHU

Image
Assalamualaikum and hi guysss. Untuk post kalini kita akan bincangkan tentang "Mahu". Apa itu mahu?? Mahu ni macam keinginan, kehendak, nak akan sesuatu perkara. Contohnya, kita nak benda tu ada dalam hidup kita. Tapi, kemahuan sahaja tanpa usaha tidak akan memberi sebarang makna.  Bila kita mahukan sesuatu, jangan expect yang benda tu akan datang dengan sendirinya. jangan expect yang kita akan dapat benda tu dengan mudah. Takkan ada sesuatu yang "wow" tanpa sebarang kesusahan. Dan kita kena selalu pesan dekat diri kita, " tak semua yang aku mahukan, aku akan dapat. Tak semua kemahuan aku, akan aku perolehi tanpa sebarang usaha".  Andai kata, kita tak dapat apa yang kita inginkan, jangan mengalah, jangan kecewa. Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Peluang kedua

"Sometimes life gives you a second chance because just maybe the first time you weren't ready" Assalamualaikum and hi everyoneee~~~  Untuk post kalini, Sha akan bercakap tentang peluang kedua. Hurmm, kenapa perlu kasi peluang kedua? Buat apa nak sakitkan diri dengan kasi orang tu peluang kedua? Kenapa nak sia-siakan hidup dengan orang yang tak hargai kita? Dan Sha juga ada terbaca satu quote ni. Dia cakap "giving someone a second chance is like providing someone with another bullet after they missed shooting you the first time".  Peluang kedua mungkin boleh diperolehi, tapi tak semua orang mampu untuk memberi pelung kedua. Jika anda berjaya mendapatkan peluang kedua, anggaplah itu merupakan satu ruang yang diberikan untuk anda berubah. Jangan sia-siakan peluang tersebut, sehingga membuatkan insan yang memberi tadi, menyesal.  " a second chance is rare. If you get one, make the most of it"

IMPIAN ✨✨

Assalamualaikum dan Hiiii semua. Untuk content harini, Sha nak tulis tentang impian. Apa itu impian?? Kita selalu wish orang "semoga kau dapat capai apa yang kau impikan". Tapi, kita tahu tak apa impian tu sebenarnya?Haaa, kalau taktahu takpe. Meh sini, Sha habaq kat korang. Impian itu adalah sesuatu yang kita inginkan. Impian adalah setiap hal yang membuatkan kita bahagia. Impian tidak semestinya sesuatu yang mewah. Bagi sesetengah orang, impian adalah apabila melihat orang terdekatnya bahagia.  Setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri. Ada yang mempunyai impian yang tinggi, impian yang besar dan sebagainya. Apa yang pasti, impian setiap insan pasti berlainan. Tidak perlulah kita membanding-banding imlian kita dengan impian orang lain. Usahlah mengejar impian orang lain. Usahakanlah untuk mencapai impian yang kita idam-idamkan.  Ingatlah "impian itu benih kejayaan. Kedua - duanya bergandingan. Impian tanpa usaha, itu hanyalah angan-angan" Itu sahaja dari...

ME & COVID-19

Image
 Assalamualaikum and Hiiiii everyone🖐 Dalam post kalini, Sha nak ceritakan pengalaman Sha sepanjang virus Covid-19 ni sampai ke Malaysia. Covid-19 ni macam berleluasa/merebak pada bulan Mac 2020, semasa Sha masih menyambungkan pelajaran di Perlis. Waktu ni, Covid macam baru je la.. tapi, nak dijadikan cerita, Matriks Sha waktu tu, tengah plan nak buat Dinner 2020 laa untuk batch kitorg. Tapi, dinner tu terpaksa dibatalkan sebab Covid-19. Huhuhu, sedih jugaklaa sebab duit dah bayar, baju untuk dinner pon dah beli, tapi apakan daya, dinner tu memang tidak dapat untuk dilangsungkan.  Pada 17 Mac 2020, kitorang dengar yang kolej-kolej matriks lain dah benarkan pelajar diorang balik ke rumah, sedangkan matriks kami baru buat meeting untuk tentukan sama ada pelajar perlu balik ataupun tidak. kemudian, kitorang dapat tahu yang kitorang dibenarkan waktu tengah hari 17 Mac 2020. Kabutlaa semua pelajar kann, sebab mana nak cari tiket balik last-last minit ni. tiket ETS habis, Flight un...

About us🌸

Image
Assalamualaikum and hiii guysss👋. This semester Sha ditugaskan untuk membuat blog for assessment. For the first post, we need to introduce ourself so that the reader/viewer will know the person behind this blogsite. Kata orang "tak kenal, maka tak cinta". So, here we go~~~ My name is Marisha Adriana binti Zulkifli. But I will be referring myself as Sha. I am 19 years old but will be turning 20 in this upcoming October😊. Sha merupakan anak ke-3 daripada 4 orang beradik. Mempunyai 2 orang abang dan seorang adik lelaki, maka sifat Sha tidaklah selembut perempuan melayu terakhir, tetapi tidak juga sekasar seorang lelaki.  Kalau orang tengok Sha for the first time, orang akan cakap yang Sha ni 'Sombong' ataupun jenis yang suka berada dalam dunia sendiri. Tapi, hakikatnya Sha sangatlaaa ramah bila dengan kawan yang rapat. Kalau dengan orang baru or stranger, memang akan senyap jeeee. Sha suka jalan-jalan dan sangat teringin nak travel around the world, tapi memandangkan S...