IMPIAN ✨✨
Assalamualaikum dan Hiiii semua.
Untuk content harini, Sha nak tulis tentang impian. Apa itu impian?? Kita selalu wish orang "semoga kau dapat capai apa yang kau impikan". Tapi, kita tahu tak apa impian tu sebenarnya?Haaa, kalau taktahu takpe. Meh sini, Sha habaq kat korang.
Impian itu adalah sesuatu yang kita inginkan. Impian adalah setiap hal yang membuatkan kita bahagia. Impian tidak semestinya sesuatu yang mewah. Bagi sesetengah orang, impian adalah apabila melihat orang terdekatnya bahagia.
Setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri. Ada yang mempunyai impian yang tinggi, impian yang besar dan sebagainya. Apa yang pasti, impian setiap insan pasti berlainan. Tidak perlulah kita membanding-banding imlian kita dengan impian orang lain. Usahlah mengejar impian orang lain. Usahakanlah untuk mencapai impian yang kita idam-idamkan.
Ingatlah "impian itu benih kejayaan. Kedua - duanya bergandingan. Impian tanpa usaha, itu hanyalah angan-angan"
Itu sahaja dari Sha dalam post ni. See you guys next time😊. Bubyeeee👋
Comments
Post a Comment