About us🌸

Assalamualaikum and hiii guysss👋.

This semester Sha ditugaskan untuk membuat blog for assessment. For the first post, we need to introduce ourself so that the reader/viewer will know the person behind this blogsite. Kata orang "tak kenal, maka tak cinta". So, here we go~~~


My name is Marisha Adriana binti Zulkifli. But I will be referring myself as Sha. I am 19 years old but will be turning 20 in this upcoming October😊. Sha merupakan anak ke-3 daripada 4 orang beradik. Mempunyai 2 orang abang dan seorang adik lelaki, maka sifat Sha tidaklah selembut perempuan melayu terakhir, tetapi tidak juga sekasar seorang lelaki.

 Kalau orang tengok Sha for the first time, orang akan cakap yang Sha ni 'Sombong' ataupun jenis yang suka berada dalam dunia sendiri. Tapi, hakikatnya Sha sangatlaaa ramah bila dengan kawan yang rapat. Kalau dengan orang baru or stranger, memang akan senyap jeeee. Sha suka jalan-jalan dan sangat teringin nak travel around the world, tapi memandangkan Sha mengalami kekangan dari segi bajet dan masa, so, travel tu hanya menjadi impian😌. But who knows , mana tahu nanti-nanti, dapat pergi travel kan. Sha seorang yang tegas, tetapi agak sensitif. Kalau orang jerkah sikit je, hurmm, tahu tahu jela kan apa jadi. 

Sha seorang yang suka membaca, tak kisah laa novel ke, fanfiction ke, memang pegang buku or just using ebook such as wattpad. Bagi Sha, membaca ni macam satu cara untuk escape dari masalah masalah yang berlaku, sebab bila kita dah terlalu focus, kita akan lupa sekeliling kita. Selain tu, Sha jugak suka baking, ada impian nak bukak bakery / cafe one day with my bestfriend. Kalau datang mood rajin nak baking, so Sha akan bake kek yang simple-simple je. 



Kalau pasal pendidikan pula, Sha bukanla straight A student , tapi alhamdulillah, sampai sekarang keputusan exam tu Sha boleh anggap cemerlang la. Sebab orang cakap 'kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat'. Sha memulakan fasa pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Ramal Dalam, Kajang. Kemudian, menjejakkan kaki ke alam persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat.

 Tapi disebabkan Sha rasa Sha tak boleh nak bawa biologi, maka Sha ambil keputusan untuk berpindah sewaktu tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. First time nak duduk asrama memang takutla kan. Macam-macam benda menakutkan bermain-main dalam kepala ni. Sha bersyukur sebab waktu duduk di asrama, Sha ada classmate dan dormmate yang sangat fun. We did a lot of things especially time prep malam. Time prep tu la kitorg sambut birthday classmate, tak pon nyanyi ramai-ramai dalam kelas. Sampaikan ada satu masa tu, kelas kitorg kena denda pusing court bola tampar sebab bising waktu prep🤣. Kenangan waktu di sekolah teknik ni adalah kenangan yang sangat bermakna bagi Sha. Dan dekat teknik juga la Sha belajar cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Memiliki kumpulan kerja yang memahami dan baik, Sha menjadi serasi untuk bekerja dengan mereka. Pahit manis waktu menjadi pemimpin, kami lalui bersama. Kena marah dengan cikgu sebab pelajar buat masalah, kena handle event wlaupun dapat tahu last minutes, semua benda ni banyak mengajar Sha pengalaman yang baharu.



 Sha kemudiannya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis. Dekat Perlis ni, Sha dapat roommates dan classmates yang sangat happygolucky dan memahami. Setiap malam sabtu, kitorg akan spend time together untuk tengok movie bersama sampai pukul 3 pagi. We went to Aman Central, Pesta Angin dan macam-macam tempat lagi.  Setelah setahun belajar di Perlis, kini Sha merupakan pelajar jurusan ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Pergi ke banyak tempat ni mengajar Sha bahawa walaupun kita hanya mengenali antara satu sama lain dalam satu tempoh yang singkat, namun kenangan yang tercipta dan terukir membawa 1000 makna yang tidak ternilai dalam kehidupan. Persahabatan bukanlah perkara yang diajar di sekolah, namun jika kita belum memahami erti persahabatan, maka kita belum belajar apa-apa.

Perlis 2019

Comments

Popular posts from this blog

Inspiration💜