MAHU

Assalamualaikum and hi guysss.

Untuk post kalini kita akan bincangkan tentang "Mahu". Apa itu mahu?? Mahu ni macam keinginan, kehendak, nak akan sesuatu perkara. Contohnya, kita nak benda tu ada dalam hidup kita. Tapi, kemahuan sahaja tanpa usaha tidak akan memberi sebarang makna. 

Bila kita mahukan sesuatu, jangan expect yang benda tu akan datang dengan sendirinya. jangan expect yang kita akan dapat benda tu dengan mudah. Takkan ada sesuatu yang "wow" tanpa sebarang kesusahan. Dan kita kena selalu pesan dekat diri kita, " tak semua yang aku mahukan, aku akan dapat. Tak semua kemahuan aku, akan aku perolehi tanpa sebarang usaha". 

Andai kata, kita tak dapat apa yang kita inginkan, jangan mengalah, jangan kecewa. Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 



Comments

Popular posts from this blog

Inspiration💜