Assalamualaikum and Hiiiii everyone🖐
Dalam post kalini, Sha nak ceritakan pengalaman Sha sepanjang virus Covid-19 ni sampai ke Malaysia. Covid-19 ni macam berleluasa/merebak pada bulan Mac 2020, semasa Sha masih menyambungkan pelajaran di Perlis. Waktu ni, Covid macam baru je la.. tapi, nak dijadikan cerita, Matriks Sha waktu tu, tengah plan nak buat Dinner 2020 laa untuk batch kitorg. Tapi, dinner tu terpaksa dibatalkan sebab Covid-19. Huhuhu, sedih jugaklaa sebab duit dah bayar, baju untuk dinner pon dah beli, tapi apakan daya, dinner tu memang tidak dapat untuk dilangsungkan.
Pada 17 Mac 2020, kitorang dengar yang kolej-kolej matriks lain dah benarkan pelajar diorang balik ke rumah, sedangkan matriks kami baru buat meeting untuk tentukan sama ada pelajar perlu balik ataupun tidak. kemudian, kitorang dapat tahu yang kitorang dibenarkan waktu tengah hari 17 Mac 2020. Kabutlaa semua pelajar kann, sebab mana nak cari tiket balik last-last minit ni. tiket ETS habis, Flight untuk haritu pon habis , kalau tak habis pun confirm laa mahal kann, sebab urgent punya tiket. Nasib baiklaa kolej sediakan bas untuk student-student ni balik, tapi tu pun kena berebut. Alhamdulillah, Sha sempatlaa berebut untuk beli tiket bas tuuu. So, keadaan hari tu memang kelam kabut, semua x tentu arah. Dan, itu adalah ending paling sedih bagi kami pelajar matriks, sebab x dapat nak say farewell properly. HUHUHUHU....
Disebabkan Covid-19 tak pulih lagi, semua rakyat Malaysia terpaksa menyambut Ramadhan dan Syawal dalam norma baharu. memang tak boleh nak pergi ziarah sapa-sapa, nak pergi jalan-jalan rumah jiran kutip duit raya pon dah tak boleh. Raya laa masing-masing dengan keluarga terdekat ataupun raya bersendirian.
Pada bulan Jun 2020, pelajar matriks dibenarkan untuk mengambil barang-barang yang dah lama ditinggalkan di kolej masing-masing. Sha ditetapkan untuk ambil barang hari Jumaat (kalau x silap) . Jadi, kitorang pon ambillah barang-barang yang ada tuu.. tapi, x boleh nak lama-lama dengan roommate, sebb dia tetapkan seorang dalam 20 minute sahaja. tapi sempatlaa kami bergambar sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman.
Sepanjang PKP ni, Sha pernah cuba buat resepi-resepi viral waktu tu macam dalgona. Waktu mula-mula buat tu, mmg x boleh nak minum sangat, sebab Pahitttttt.. Al maklumlaa, orangnya bukannya coffee lover. Jadi, klau Sha buat, Sha akan kurangkan sikit amaun Nescafe tu, barulaa boleh menikmati dalgona coffee tu.
In October 2020, Sha sebenarnya kena lapor diri di UKM sebagai pelajar baru kan. tapi, disebabkan covid, Sha duduk jelaa belajar dari rumah,secara online class. Disebabkan ni first time Sha belajar secara virtual, agak susah jugaklaa nak adapt mula-mula tu.. Tak faham sangat apa yang lecturer ajar and so on. Alhamdulillah, makin lama, Sha dah makin okay dah belajar secara virtual.
itu je kot yang Sha mampu tulis untuk post kalini. Semoga Covid-19 beransur pulih dan kita apat menjalani kehidupan seperti biasa. Goodbye everyoneee~~~ See you in the next post😘
Comments
Post a Comment