TIDAK SEMPURNAKAH AKU?

 Assalamualaikum and Hi everyone..

Korang pernah dikecewakan, or ditinggalkan tak?

Kalau pernah, mesti awal-awal tu korang akan rasa macam apa kurangnya aku, teruk sangat ke aku ni, tak cantik/hensem ke? Aku layan dia tak baik ke? Betul tak?

Tapi, sedar tak bahawa berkemungkinan bukan kita yang kurang. Sedarlah bahawa kalau seseorang tu adalah jodoh kita yang sayangkan kita sepenuh hati, dia akan terima segala kekurangan dan kelemahan kita. Dia akan nampak yang kita ni sempurna. Dia akan terima kita, sebab dia tahu, kelemahan dan kekurangan tu dia boleh sempurnakan dan baiki bersama dengan kita. 

Dan , kita pon selalu berdoa agar "Allah berikan kita orang yang baik dan terima kita seadanya, dan buanglah mereka yang tidak memberi apa-apa kebaikan dan manfaat dalam hidup kita". Jadi, Allah tolak orang yang bukan untuk kita dari kehidupan kita. Jadi, kenapa kita nak persoalkan?

PERCAYALAH SUATU HARI NANTI, AKAN DATANGNYA SEORANG INSAN YANG AKAN NAMPAK CANTIK/HENSEM KITA, YANG AKAN NMPK KELEBIHAN KITA LEBIH DARIPADA KEKURANGAN KITA, YANG AKAN MENYAYANGI KITA SEPENUH HATI, INSAN YANG AKAN CUBA UNTUK PIMPIN KITA HINGGA KE SYURGA. 


Comments

Popular posts from this blog

Inspiration💜