KENAPA BUKAN DIA?

 Assalamualaikum and hi everyone. 

Mesti semua pernah mengalami satu dugaan atau ujian dan musibah yang buat kita rasa down, depressed and so on. Perkara yang buatkan kita terfikir, kenapa aku? kenapa bukan dia? kenapa bukan orang lain? Teruk sangat ke aku ni disisi Tuhan yang menyebabkan aku diuji sebegini? Aku tak kuat laa nak hadapi.. Aku tak mampu..

Sayang-sayang ku sekalian,

Ingatlah bahawa tuhan tidak akan menguji hambaNya jika dia tak mampu. Tuhan uji kita bukan sebab tak sayang, bukan sebab Tuhan berlaku zalim. TIDAK. Tuhan uji kita berdasarkan kemampuan kita, Allah tahu yang kita mampu hadapi, sebab tu dia uji. Allah uji kita sebab Dia sayangggg kita. Dia nak ampunkan dosa-dosa kita, Dia nak kita bergantung harap dengan Dia, dekat dengan Dia.. Dia tak nak kita terlalu leka dengan dunia sampai lupakan Dia. 

Janganlah tanya kenapa bukan orang lain.. sebab orang tu takkan mampu nak hadapi apa yang kita diuji, sebab tu bukan dia. Kalau kita yang diuji sebagaimana orang tu diuji pon, belum tentu kita mampu nak hadapi. Kita dan dia adalah 2 insan yang berbeza, mempunyai tahap ketahanan dan kemampuan yang berbeza, mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza.. jadi, tak sepatutnya dipersoalkan kenapa aku. 





Comments

Popular posts from this blog

Inspiration💜