Posts

MAHU

Image
Assalamualaikum and hi guysss. Untuk post kalini kita akan bincangkan tentang "Mahu". Apa itu mahu?? Mahu ni macam keinginan, kehendak, nak akan sesuatu perkara. Contohnya, kita nak benda tu ada dalam hidup kita. Tapi, kemahuan sahaja tanpa usaha tidak akan memberi sebarang makna.  Bila kita mahukan sesuatu, jangan expect yang benda tu akan datang dengan sendirinya. jangan expect yang kita akan dapat benda tu dengan mudah. Takkan ada sesuatu yang "wow" tanpa sebarang kesusahan. Dan kita kena selalu pesan dekat diri kita, " tak semua yang aku mahukan, aku akan dapat. Tak semua kemahuan aku, akan aku perolehi tanpa sebarang usaha".  Andai kata, kita tak dapat apa yang kita inginkan, jangan mengalah, jangan kecewa. Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Peluang kedua

"Sometimes life gives you a second chance because just maybe the first time you weren't ready" Assalamualaikum and hi everyoneee~~~  Untuk post kalini, Sha akan bercakap tentang peluang kedua. Hurmm, kenapa perlu kasi peluang kedua? Buat apa nak sakitkan diri dengan kasi orang tu peluang kedua? Kenapa nak sia-siakan hidup dengan orang yang tak hargai kita? Dan Sha juga ada terbaca satu quote ni. Dia cakap "giving someone a second chance is like providing someone with another bullet after they missed shooting you the first time".  Peluang kedua mungkin boleh diperolehi, tapi tak semua orang mampu untuk memberi pelung kedua. Jika anda berjaya mendapatkan peluang kedua, anggaplah itu merupakan satu ruang yang diberikan untuk anda berubah. Jangan sia-siakan peluang tersebut, sehingga membuatkan insan yang memberi tadi, menyesal.  " a second chance is rare. If you get one, make the most of it"